Get your own Digital Clock

Daisypath Anniversary tickers

18 July 2010

oh CATS...

Saving the best for last, for the last 2 surah in the Quran,
Surah Al Falaq (chapter 113) & Surah An Nas ( chapter 114) merupakan surah perlindungan terbaik di dalam Al Quran, selain ayat kursi ( Al Baqarah: verse 255)

Sebab nuzul turun nya kedua surah ini, ialah ketika rasullulah di sihir oleh orang yahudi. Rasulullah jatuh sakit selama 6 bulan, dan akhirnya disembuhkan sepenuhnya setelah turun kedua surah ini kepada baginda.
(11 ikat tali simpulan ini diletakkan di telaga zirwan)

11 simpulan tali (yang digunakan untuk sihir kepada baginda) terputus satu demi satu apabila baginda membaca surah Al Falaq ( 5 ayat) dan An Nas ( 6 ayat)
5+6= 11 ayat yang telah membuka simpulan2 sihir yang dilakukan oleh golongan yahudi yang hendak menyakiti baginda.


Surah ini amat mudah untuk diamalkan seharian, baik especially sebelum kita tidur untuk perlindungan pada waktu malam, dan selepas kita bangun tidur, untuk perlindungan sepanjang hari:

Cara baginda mengamalkan surah ini setiap malam sebelum tidur, ialah:
Al Ikhlas 3x
Al Falaq 3x
An Nas 3x

Ditiupkan pada telapak tangan dan disapukan ke muka, kepala dan keseluruhan badan.

Perlu diketahui bahawa fadhilat surah Al Ikhlas ialah pahala membaca nya ialah seperti membaca 1/3 al Quran.

Begitu besar fadhilat nya, dan insya allah,mudah diamalkan selagi keyakinan dan keimanan kita teguh terhadap ajaran baginda rasulullah s.a.w

Islam itu mudah, tapi tidak bermakna kita ambil mudah.

Amalkan perkara2 yang telah diajarkan oleh rasullah kepada kita. Dari adab makan, doa sebelum tidur dan doa ketika bangun tidur..
Insya allah, next part, amalan ketika bangun tidur.

Amalan ketiga tiga surah terakhir di dalam al quran ini merupakan perlindungan yang terbaik, utuh dan ubat yang terbaik untuk menghindari sihir atau sebarang kejahatan dari jin dan manusia.

Firman Allah dalam surah Al-Isra: ayat 82:
"Dan kami turunkan daripada al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang orang zalim selain kerugian".

Rasullulah bersabda:
"Bergembiralah kamu, sesungguhnya Al Quran ini, satu hujungnya di tangan Allah, dan satu hujungnya ditangan kamu. Oleh itu berpegang teguhlah kamu dengan nya dan ( dengan demikian) kamu tidak akan musnah dan tidak akan sesat sesudahnya buat selama lamanya"

(Hadith Riwayat Tabrani)


Jika kita benar benar yakin dengan janji Allah dan ajaran baginda rasullulah, insya allah mudah kita mengamalkan dengan penuh keyakinan dan istiqamah dalam kehidupan seharian kita. Berkat kalamnya, Allah S.W.T akan menyembuhkan penyakit.

Insya Allah.

Jazakallahu khair.



04 July 2010

cinta.............



cinta itu kadang2 amatlah indah...
tapi kadang2 cinta itu amat menyakitkan...
benar kata orang, cinta pada manusia tidak akan kekal..
tidak seperti cinta kita kpd pencipta...
jadi, yakinlah dengan cinta Ilalhi..
kerana, dengan adanya cinta kepadaNya,
kelak kita akan mendapat cinta yg dijanjikan olehNya..